Pada 7 November 2015 SK Taman Bersatu telah terpilih untuk menjadi wakil dalam Program Gotong-royong Mega "JOM! GEMPUR AEDES" Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2015. Program anjuran Kementerian Kesihatan ini telah disertai oleh lebih dari 600 orang yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Norhizan B. Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.
Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Aantara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, pameran peralatan dan cara pencegahan denggi, pertandingan mencari jentik-jentik, pertandingan mencari tempat pembiakan jentik-jentik dan pertandingan mewarna.
Gimik Perasmian
No comments:
Post a Comment