Wednesday, 10 September 2014

SEMBURAN KABUS (fogging)

Wakil dari Pejabat Kesihatan melakukan demontrasi 'Fogging' pada hari
Pelancaran Bersatu Dengue Patrol SK Taman Bersatu


APAKAH SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

     Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.


BAGAIMANA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

     Semburan kabus (fogging) dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan di dalam dan di luar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan meggunakan mesin "Thermal Fogger". Semburan kabus (fogging) juga dilakukan semasa wabak dengan menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yang deletakkan di atas kenderaan dilakukan di sekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang lebih luas.


BILAKAH WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

     Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan kabus (fogging).


BERAPA KEKERAPAN SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

     Ia akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang selepas 7 - 10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.


APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH / PREMIS SEMASA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Semasa semburan kabus (figging) dilakukan dinasihatkan supaya:
i.   Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan
ii.  Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari bertutup
v.  Mematikan api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah terbakar.


No comments:

Post a Comment