Sunday, 10 August 2014

GEJALA DEMAM DENGGI


1.   Sakit kepala, Sakit di belakang mata, Hilang selera makan, Muntah, Rasa loya, Sakit otot dan sendi, Ruam

2.   Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti.

3.  Nyamuk aedes menghisap darah pada waktu siang; waktu gigitan puncak ialah pada waktu awal pagi dan lewat petang.     

4. Terdapat empat jenis virus denggi. Jangkitan oleh salah satu jenis biasanya memberikan imuniti sepanjang hayat kepada jenis virus tersebut, tetapi tidak mencegah jangkitan daripada jenis virus lain. Oleh itu anda boleh menghidap demam denggi lebih dari sekali. 
 

Demam Denggi Berdarah (DHF)…
Ini merupakan salah satu komplikasi demam denggi yang menyebabkan kerosakan pada limfa dan saluran darah, pendarahan daripada hidung dan gusi, pembengkakan hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Gejala-gejala tersebut boleh menular menjadi pendarahan serius, renjatan dan kematian. Ini dinamakan Sindrom Renjatan Denggi (DSS). DHF boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat lebih awal.

Buat masa ini, tiada ubat spesifik untuk melawan denggi dan tiada sebarang vaksin untuk mencegah denggi. Cara terbaik untuk mencegah denggi ialah dengan menghapuskan sarang pembiakan nyamuk Aedes.


No comments:

Post a Comment