Sunday, 24 August 2014
Friday, 22 August 2014
Saturday, 16 August 2014
CARA PEMINDAHAN PENYAKIT DENGGI
- Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
- Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
- Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
- Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
- Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
-
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Sunday, 10 August 2014
AKTIVITI BERSATU DENGUE PATROL
Membina replika nyamuk aedes menggunakan bahan-bahan terbuang
seperti plastik dan botol minuman
Aktiviti melukis siri kartun nyamuk dan poster denggi
Kolaj kartun nyamuk dan pertandingan mewarna gotong-royong mencegah
aedes oleh murid Pendidikan Khas
KITARAN HIDUP NYAMUK
1.
Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air.
Kebanyakan telur biasanya menetas dalam tempoh 48 jam dan bertukar menjadi
larva.
2.
Apabila menjadi larva, ia akan kekal di dalam air dan timbul ke permukaan hanya
untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit empat kali sebelum bertukar
menjadi kepompong.
Telur
– larva – kepompong – dewasa
3. Kepompong akan menjadi dewasa
dalam masa dua hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan
apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa.
4. Pada awal peringkat dewasa,
nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula
terbang.
Subscribe to:
Posts (Atom)