Sunday, 28 September 2014

FAKTA MENGENAI DENGGI

Apakah demam denggi dan bagaimana ia merebak?

     Demam denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang boleh dicegah. Ia disebabkan oleh  empat virus (DEN-1 , DEN-2, DEN-3, DEN-4) daripada kumpulan virus Flaviviridae. Manusia mendapat jangkitan ini apabila digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti. Lazimnya nyamuk dijangkiti setelah menghisap darah pesakit demam denggi. Nyamuk yang telah dijangkiti boleh memindahkan virus tersebut kepada manusia sepanjang hayatnya. Nyamuk betina juga boleh memindahkan virus kepada telur-telurnya.

     Demam denggi tidak  merebak daripada seorang pesakit kepada pesakit yang lain secara langsung. Jelaslah disini bahawa nyamuk Aedes betina memainkan suatu peranan yang penting dan merbahaya dalam memastikan demam denggi terus wujud di negara kita. Individu yang pernah mengalami demam denggi masih boleh dijangkiti semula sekiranya nyamuk yang yang menggigit individu tersebut membawa virus daripada ‘strain’ yang berlainan.


Mengapa demam denggi boleh wujud di Malaysia?

   Cuaca di negara kita yang menerima sinaran matahari terik dan hujan sepanjang tahun mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pembiakkan ‘vektor’ atau pembawa virus demam denggi. Vektor yang penting di negara kita adalah nyamuk betina Aedes egypti. Nyamuk ini membiak dalam takungan air bersih seperti pasu bunga, takungan air hujan di dalam tayar atau sampah sarap serta kolam air mandian dan lain lain.


Apakah tanda-tanda demam denggi?

     Setelah digigit oleh nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti, virus tersebut boleh berada dalam sistem saluran darah selama 3 hingga 14 hari dan menyebabkan penyakit.  Manifestasi demam denggi bergantung kepada usia dan tahap imuniti seseorang. Bagi kanak kanak yang agak besar serta orang dewasa, tanda tanda demam denggi tidak banyak berbeza daripada jangkitan virus yang lain (viral fever) seperti berikut – :
  1. Demam
  2. Sakit sendi dan otot
  3. Sakit dibelakang mata
  4. Pening kepala
  5. Rasa loya dan muntah
  6. Ruam
  7. Gusi berdarah (akibat daripada penurunan sel pembeku darah)
    Bayi juga tidak terkecuali daripada serangan jangkitan yang merbahaya ini. Tanda-tanda jangkitan dalam bayi adalah agak tidak spesifik seperti demam panas, ruam dan kurang menyusu.  Demam ini boleh berlanjutan sehingga 7- 10 hari.


Bagaimanakah jangkitan denggi disahkan?

    Pada peringkat awal demam, ujian darah ‘Full Blood Count’ mungkin normal atau menunjukkan penurunan bilangan sel darah putih dan diikuti sel pembeku darah. Enzim-enzim hepar juga mungkin menunjukkan bacaan yang tidak normal. Untuk mengesahkan jangkitan denggi, ujian yang boleh dijalankan termasuklah pengesanan antigen denggi pada 5 hari pertama  kemunculan simtom ataupun pengesanan antibodi terhadap virus 5 hari selepas itu.


Apakah rawatan dan vaksin untuk demam denggi?

    Tiada rawatan khusus untuk demam denggi. Rawatan yang diberikan hanyalah berbentuk sokongan. Pemantauan tekanan darah, kelajuan degupan jantung dan juga analisis darah adalah antara  komponen penting yang difokuskan oleh doktor yang merawat. Vaksin untuk denggi masih di peringkat ujian dan pembangunan maka belum lagi dapat digunakan buat masa yang terdekat. Tiada bukti klinikal untuk membuktikan bahawa mengambil makanan seperti  sup ketam , air jus delima atau apa –apa ubatan dan suplemen dapat membantu dalam merawat demam denggi.

Monday, 22 September 2014

PROGRAM JELAJAH MERDEKA TANPA DENGGI

    Aktiviti berbasikal Dengue Patrol dijalankan pada 22 september 2014 iaitu pada hari yang sama dengan Sambutan Hari Kemerdekaan. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengadakan program 'Jelajah Merdeka Tanpa Denggi' iaitu berbasikal sambil mengibar Jalur Gemilang dan juga mengedar risalah tentang denggi di sekitar kawasan perumahan Taman Bersatu.

Cikgu Johari selaku Penolong Kanan 1 bersiap sedia untuk melepaskan guru dan
murid yang terlibat dengan program 'Jelajah Merdeka Tanpa Denggi'

Mengangkat bendera sebagai tanda kayuhan basikal dimulakan

Murid berbasikal di kawasan perumahan setempat untuk mengedarkan risalah denggi

Semangat Kemerdekaan 

Memberi risalah tentang denggi kepada salah seorang daripada penduduk setempat

Mengayuh basikal pulang ke sekolah setelah selesai mengedarkan risalah

Selesai sudah program 'Jelajah Merdeka Tanpa Denggi'



Wednesday, 10 September 2014

SEMBURAN KABUS (fogging)

Wakil dari Pejabat Kesihatan melakukan demontrasi 'Fogging' pada hari
Pelancaran Bersatu Dengue Patrol SK Taman Bersatu


APAKAH SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

     Semburan kabus (fogging) adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak. Biasanya semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di sesuatu kawasan atau di mana-mana kawasan yang ada Indeks Aedes yang tinggi.


BAGAIMANA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

     Semburan kabus (fogging) dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai. Ia akan dilakukan di dalam dan di luar rumah kira-kira 200 meter sekitarnya dengan meggunakan mesin "Thermal Fogger". Semburan kabus (fogging) juga dilakukan semasa wabak dengan menggunakan mesin "Ultra Low Volume" (ULV) yang deletakkan di atas kenderaan dilakukan di sekitar kawasan luar rumah bagi mendapat liputan kawasan yang lebih luas.


BILAKAH WAKTU YANG SESUAI DILAKUKAN SEMBURAN KABUS (FOGGING)?

     Semburan kabus (fogging) dilakukan pada waktu awal pagi dan petang (senja) kerana nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu tersebut serta keadaan cuaca pada masa tersebut adalah sesuai untuk semburan kabus (fogging).


BERAPA KEKERAPAN SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

     Ia akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan akan diulang selepas 7 - 10 hari. Ulangan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk Aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk Aedes lebih kurang 10 hari berikutnya.


APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGHUNI RUMAH / PREMIS SEMASA SEMBURAN KABUS (FOGGING) DILAKUKAN?

Semasa semburan kabus (figging) dilakukan dinasihatkan supaya:
i.   Mengosongkan rumah/premis bersama binatang peliharaan
ii.  Menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan
iii. Membuka semua pintu bilik dalam rumah
iv. Menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari bertutup
v.  Mematikan api dapur gas dan menutup baling gas atau bahan mudah terbakar.


Thursday, 4 September 2014

SENAM SIHAT "TARIAN DENGGI" & GOTONG-ROYONG "AYUH GEMPUR AEDES"

     Pada 20 ogos Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu telah mengadakan aktiviti senam sihat tarian denggi dan gotong-royong gempur aedes yang melibatkan semua guru dan murid. Aktiviti gotong-royong telah dilakukan di seluruh kawasan sekolah dan tahniah diucapkan kepada guru dan murid yang terlibat.


Senam sihat bersama semua warga sekolah dan diketuai oleh guru tari 
dengan lagu dan koreografer yang disediakan








Aktiviti gotong-royong "Ayuh Gempur Aedes" di seluruh kawasan sekolah











PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARIPADA RAWATAN


      Antara amalan yang boleh dipraktikkan adalah langkah-langkah yang dapat mengelakkan diri daripada digigit nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes lazimnya suka menggigit di waktu pagi dan di kala senja. Namun ini tidak bermaksud yang kita tidak akan digigit oleh nyamuk Aedes pada masa –masa yang lain.

    Langkah yang boleh diambil termasuklah memakai seluar dan baju berlengan panjang, mengenakan baju yang terang, menutup tingkap pada waktu – waktu nyamuk Aedes aktif , dan juga memakai ubat nyamuk atau kelambu. Ada juga krim-krim yang berasaskan serai misalnya yang terdapat secara komersil di pasaran yang boleh digunakan sekiranya akan menjalani aktiviti di kawasan yang banyak nyamuk.

     Namun, langkah yang lebih praktikal tentulah menghapuskan terus nyamuk Aedes daripada membiak. Sebenarnya ia adalah sangat mudah sekiranya setiap individu memastikan keadaan kediaman dan persekitaran bersih dan bebas daripada menjadi tempat pembiakkan nyamuk Aedes.

     Pastikan tiada air yang bertakung di dalam atau di luar rumah kita. Kediaman yang mempunyai kolam  mandian bolehlah menggunakan ‘Abate’ iaitu sejenis ubat yang membunuh telur nyamuk Aedes. Ikan guppy juga boleh digunakan untuk menghapuskan telur nyamuk bagi mereka yang suka menanam tumbuh tumbuhan hisan dalam pasu yang mempunyai takungan air yang banyak.

     Marilah kita seluruh rakyat Malaysia bersama sama berganding bahu untuk menurunkan kes kes denggi serta kematian  yang diakibatkan olehnya.


Sunday, 24 August 2014

"AYUH GEMPUR AEDES"

                   Majlis Pelancaran 'Bersatu Dengue Patrol' telah dirasmikan pada 18 Ogos 2014

Friday, 22 August 2014

MAJLIS PELANCARAN "BERSATU DENGUE PATROL"

Ketibaan Penyelia Kokurikulum dan Penyelia Kanan Hem dari PPD Kota Setar yang diiringi oleh Guru Besar dan PK HEM


Encik Muhamad Fauzi Ariffin merasmikan Majlis Pelancaran "Bersatu Dengue Patrol"


Pn.Zaibaidahaini selaku Guru Besar bersama-sama mengiringi Majlis Pelancaran


Murid memakaikan Button Badges Dengue Patrol kepada Encik Muhamad Fauzi Ariffin dan Encik Samsudin Deraoh sebagai simbolik terhadap Majlis Pelancaran "Bersatu Dengue Patrol"


Murid dari Tahun 6 memakaikan Button Badges kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu


Persembahan nyanyian lagu dan tarian 'Demam Denggi'


Bergambar bersama murid yang terlibat dengan program Dengue Patrol


Lawatan ke tapak pameran dan Booth Bersatu Dengue Patrol


Bergambar kenangan di lokasi lukisan mural Aedes sebelum pulang


Saturday, 16 August 2014

TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES



CARA PEMINDAHAN PENYAKIT DENGGI

  1. Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  2. Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). 
  3. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari). 
  4. Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti. 
  5. Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit. 
  6. Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Sunday, 10 August 2014

VIDEO KITARAN HIDUP NYAMUK



AKTIVITI BERSATU DENGUE PATROL


Membina replika nyamuk aedes menggunakan bahan-bahan terbuang 
seperti plastik dan botol minuman





Aktiviti melukis siri kartun nyamuk dan poster denggi










Kolaj kartun nyamuk dan pertandingan mewarna gotong-royong mencegah 
aedes oleh murid Pendidikan Khas