Tuesday 10 November 2015

GOTONG-ROYONG MEGA "JOM! GEMPUR AEDES"

   Pada 7 November 2015 SK Taman Bersatu telah terpilih untuk menjadi wakil dalam Program Gotong-royong Mega "JOM! GEMPUR AEDES" Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2015. Program anjuran Kementerian Kesihatan ini telah disertai oleh lebih dari 600 orang yang terdiri daripada Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Norhizan  B. Ismail, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

   Program ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Aantara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, pameran peralatan dan cara pencegahan denggi, pertandingan mencari jentik-jentik, pertandingan mencari tempat pembiakan jentik-jentik dan pertandingan mewarna.

                                                      Gimik Perasmian


Senamrobik yang diketuai oleh wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar



Taklimat sebelum gotong-royong



Pameran pencegahan denggi




Pertandingan mencari jentik-jentik






Pertandingan mewarna disertai oleh Pra Sekolah SK Taman Bersatu


PAMERAN DARI PEJABAT KESIHATAN

MENGEDAR RISALAH DENGGI DI TADIKA

TADIKA CINA SINAR CERIA

TADIKA TAMAN BERSATU

DEMONSTRASI FOGGING

LAWATAN KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA SETAR