Sunday 24 August 2014

"AYUH GEMPUR AEDES"

                   Majlis Pelancaran 'Bersatu Dengue Patrol' telah dirasmikan pada 18 Ogos 2014

Friday 22 August 2014

MAJLIS PELANCARAN "BERSATU DENGUE PATROL"

Ketibaan Penyelia Kokurikulum dan Penyelia Kanan Hem dari PPD Kota Setar yang diiringi oleh Guru Besar dan PK HEM


Encik Muhamad Fauzi Ariffin merasmikan Majlis Pelancaran "Bersatu Dengue Patrol"


Pn.Zaibaidahaini selaku Guru Besar bersama-sama mengiringi Majlis Pelancaran


Murid memakaikan Button Badges Dengue Patrol kepada Encik Muhamad Fauzi Ariffin dan Encik Samsudin Deraoh sebagai simbolik terhadap Majlis Pelancaran "Bersatu Dengue Patrol"


Murid dari Tahun 6 memakaikan Button Badges kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu


Persembahan nyanyian lagu dan tarian 'Demam Denggi'


Bergambar bersama murid yang terlibat dengan program Dengue Patrol


Lawatan ke tapak pameran dan Booth Bersatu Dengue Patrol


Bergambar kenangan di lokasi lukisan mural Aedes sebelum pulang


Saturday 16 August 2014

TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES



CARA PEMINDAHAN PENYAKIT DENGGI

  1. Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  2. Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah). 
  3. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari). 
  4. Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti. 
  5. Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit. 
  6. Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Sunday 10 August 2014

VIDEO KITARAN HIDUP NYAMUK



AKTIVITI BERSATU DENGUE PATROL


Membina replika nyamuk aedes menggunakan bahan-bahan terbuang 
seperti plastik dan botol minuman





Aktiviti melukis siri kartun nyamuk dan poster denggi










Kolaj kartun nyamuk dan pertandingan mewarna gotong-royong mencegah 
aedes oleh murid Pendidikan Khas




KITARAN HIDUP NYAMUK

1. Seekor nyamuk bertelur dan membiarkan telurnya terapung di atas permukaan air. Kebanyakan telur biasanya menetas dalam tempoh 48 jam dan bertukar menjadi larva.

2. Apabila menjadi larva, ia akan kekal di dalam air dan timbul ke permukaan hanya untuk mendapatkan udara. Larva bersalin kulit empat kali sebelum bertukar menjadi kepompong. 

                      
                                      

                                          Telur – larva – kepompong – dewasa


3. Kepompong akan menjadi dewasa dalam masa dua hari. Pada peringkat ini, kepompong akan berehat dan tidak makan apa-apa sehingga ia berpisah daripada sarungnya dan bertukar menjadi dewasa.

4. Pada awal peringkat dewasa, nyamuk akan berehat di permukaan air dan cuba menguatkan diri sebelum mula terbang.